Wednesday, February 23, 2011

Majlis Ihitifal SRAZ

Pada 2 Feb yg lalu, aku hadir ke majlis ihtifal SRAZ brtmpat di Dewan Utama, Jitra..kebetulan, adik aku dijemput utk menerima anugerah UPSR tahun 2009..So kat sini, aku da sikit gmbar utk di kongsi..:)





























Bertunang

Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunanganSebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.


Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya. Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu ‘Mahu hidup sematiRasa macam tak boleh tahan, bimbang ‘si dia’ dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi ‘si dia’ sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan.


“Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?”. “Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”. Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja penulis katakan; “Tu…! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tidak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat”. “Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat”. Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun penulis menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Penulis rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap aje, especially untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam-macam. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal ‘lobang’ dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik.


"Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan"

daripada ayat diatas,
aku dapat rumuskan bahawa,seseorang lelaki yg telah menyatakan hasrat 
utkberkahwin dengan wanita yg disukainya,dan disetujui oleh bapa atau 
wanita itu sendiri,itu bermaksud telah jatuh hukum tunangan...
maka,jika aku berkata sebegini kpd perempuan yg aku sukai:::

aku::awk...kita nk kawen ngan awk....awk nk x kawen ngan kita?
perempuan::emmm..nk2...kita pn nk kawen ngan awk,,

makanya,jatuh sudah hukum bahawa tunangan tlh terjalin....



Saturday, January 22, 2011

Prestasi Kijang Emas Gold Coins


Mari kita imbas kembali harga-harga Kijang Emas dari tahun yang lepas-lepas.

Date                  1 oz                       1/2 oz                     1/4 oz
                       Selling     Buying      Selling        Buying          Selling          Buying
20/10/2010       4,434       4,262         2,259          2,131          1,150          1,066
20/10/2009       3,725       3,503         1,899          1,751             967            876
20/10/2008       2,950       2,857         1,503          1,428             765            714
19/10/2007       2,736       2,648         1,394          1,324             710            662
20/10/2006       2,333       2,258         1,188          1,129             605            564
20/10/2005       1,852       1,791           944             895             481            448
20/10/2004       1,695       1,631           864             816             440            408
20/10/2003       1,503       1,446           766             723             390            362
21/10/2002       1,265       1,217           644             609             328            304
19/10/2001       1,127       1,084           574             542             292            271

Apa yang dapat dilihat dari statistik diatas ialah peningkatan harga dari tahun ke tahun. Jika dilihat harga Kijang Emas 1oz pada 19/10/2001 ialah RM1127, meningkat kepada RM4434 pada hari ini 20/10/2010. Peningkatan sebanyak RM3307, bersamaan dengan 293.43% dalam tempuh 9 tahun, atau purata kenaikan tahunan sebanyak 32.60%.

Walau bagaimanapun harus diingat bahawa harga emas ada turun/naik. Mungkin peratus kenaikan emas sebanyak 15% - 16% boleh dijadikan tanda aras kenaikan tahunan harga emas.

Teruskan menyimpan/melabur dengan emas.

Sumber: Statistik harga emas dari BNM

Friday, January 21, 2011

Prestasi Kijang Emas Gold Bullion Coins


Kijang Emas Gold Bullion Coins adalah Gold Coin keluaran Bank Negara Malaysia. Urusan jual beli Kijang Emas melalui Maybank yang terbesar/terpilih. Terdapat 3 saiz Kijang Emas iaitu 1/4oz, 1/2oz dan 1oz. Syiling Kijang Emas diperbuat dari emas tulin 999.9% atau dikenali sebagai emas 24K.

Syiling Kijang Emas dipasarkan kepada awam bermula 18 Julai 2001 dengan nilai ketika itu sebanyak RM1082.00 untuk saiz 1oz @ 31.1gram. Bolehlah diandaikan harga emas ketika itu ialah sebanyak RM34.79/gm. Harga emas terus meningkat dan pada 30 Jun 2010, syiling Kijang Emas 1oz bernilai RM4295.00 atau RM138.10/gm.

Prestasi syiling Kijang Emas setiap tahun

Tahun Januari Disember Kenaikan %
2001 RM1082 RM1115 RM33 3.05% - Julai hingga Disember
2002 RM1122 RM1387 RM265 23.62%
2003 RM1396 RM1678 RM1282 91.83%
2004 RM1676 RM1766 RM90 5.40%
2005 RM1764 RM2057 RM293 16.61%
2006 RM2070 RM2367 RM297 14.34%
2007 RM2385 RM2952 RM567 23.77%
2008 RM2932 RM3200 RM268 9.14%
2009 RM3239 RM3902 RM663 21.47%
2010 RM3902 RM4295 RM393 10.07% - Januari hingga Jun

Jika dibandingkan nilai pada Julai 2001 RM1082 dengan nilai pada 31 Jun 2010 RM4295, kenaikannya adalah sebanyak RM3213. Peratus kenaikan sebanyak 296.95% atai purata kenaikan sebanyak 29.69% setahun.

Teruskan menyimpan emas.

Dipetik oleh http://pang5mato3.blogspot.com

Kijang Emas Gold Coins

Kijang Emas Gold Coins dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Syiling emas dengan ketulinan 999(24K) ini dicetak oleh The Royal Mint of Malaysia. Kijang Emas Gold Coins diedarkan melalui Maybank terbesar disetiap negeri. Gambar kijang diabadikan dibahagian dihadapan dan gambar bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia dibahagian belakang syiling.

Kijang Emas Gold Coins boleh diperolihi dalam tiga saiz, iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz. Specifikasi syiling Kijang Emas adalah seperti dibawah:



Kijang Emas 1oz
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.090g
Diameter: 37.00 mm


Kijang Emas 1/2oz
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm


Kijang Emas 1/4oz
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.770g
Diameter: 22.00 mm


Harga pasaran boleh dilihat melalui web BNM atau web Maybank. Harga pasaran dikemaskini setiap hari. Harga pasaran hari ini 21/1/2010 adalah seperti berikut:

1oz - RM4385 / RM4214
1/2oz - RM2234 / RM2107
1/4oz - RM1138 / RM1053

Dari harga diatas dapat dilihat bahawa harga setiap gram bagi saiz besar adalah lebih rendah.

1oz - RM4385 - RM141.04/g
1/2oz - RM2234 - RM143.66/g
1/4oz - RM1138 - RM146.46/g

Spread (perbezaan harga jual/beli) bagi saiz besar adalah lebih rendah peratusannya.

1oz - RM4385 / RM4214 - RM171(3.90%)
1/2oz - RM2234 / RM2107 - RM127(5.70%)
1/4oz - RM1138 / RM1053 - RM85(7.46%)

Walau apa pun pilihan anda, menyimpan emas untuk jangkamasa panjang menguntungkan.

Dipetik oleh http://pang5mato3.blogspot.com

SEJARAH DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terusbertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan  serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.