Saturday, January 22, 2011

Prestasi Kijang Emas Gold Coins


Mari kita imbas kembali harga-harga Kijang Emas dari tahun yang lepas-lepas.

Date                  1 oz                       1/2 oz                     1/4 oz
                       Selling     Buying      Selling        Buying          Selling          Buying
20/10/2010       4,434       4,262         2,259          2,131          1,150          1,066
20/10/2009       3,725       3,503         1,899          1,751             967            876
20/10/2008       2,950       2,857         1,503          1,428             765            714
19/10/2007       2,736       2,648         1,394          1,324             710            662
20/10/2006       2,333       2,258         1,188          1,129             605            564
20/10/2005       1,852       1,791           944             895             481            448
20/10/2004       1,695       1,631           864             816             440            408
20/10/2003       1,503       1,446           766             723             390            362
21/10/2002       1,265       1,217           644             609             328            304
19/10/2001       1,127       1,084           574             542             292            271

Apa yang dapat dilihat dari statistik diatas ialah peningkatan harga dari tahun ke tahun. Jika dilihat harga Kijang Emas 1oz pada 19/10/2001 ialah RM1127, meningkat kepada RM4434 pada hari ini 20/10/2010. Peningkatan sebanyak RM3307, bersamaan dengan 293.43% dalam tempuh 9 tahun, atau purata kenaikan tahunan sebanyak 32.60%.

Walau bagaimanapun harus diingat bahawa harga emas ada turun/naik. Mungkin peratus kenaikan emas sebanyak 15% - 16% boleh dijadikan tanda aras kenaikan tahunan harga emas.

Teruskan menyimpan/melabur dengan emas.

Sumber: Statistik harga emas dari BNM

Friday, January 21, 2011

Prestasi Kijang Emas Gold Bullion Coins


Kijang Emas Gold Bullion Coins adalah Gold Coin keluaran Bank Negara Malaysia. Urusan jual beli Kijang Emas melalui Maybank yang terbesar/terpilih. Terdapat 3 saiz Kijang Emas iaitu 1/4oz, 1/2oz dan 1oz. Syiling Kijang Emas diperbuat dari emas tulin 999.9% atau dikenali sebagai emas 24K.

Syiling Kijang Emas dipasarkan kepada awam bermula 18 Julai 2001 dengan nilai ketika itu sebanyak RM1082.00 untuk saiz 1oz @ 31.1gram. Bolehlah diandaikan harga emas ketika itu ialah sebanyak RM34.79/gm. Harga emas terus meningkat dan pada 30 Jun 2010, syiling Kijang Emas 1oz bernilai RM4295.00 atau RM138.10/gm.

Prestasi syiling Kijang Emas setiap tahun

Tahun Januari Disember Kenaikan %
2001 RM1082 RM1115 RM33 3.05% - Julai hingga Disember
2002 RM1122 RM1387 RM265 23.62%
2003 RM1396 RM1678 RM1282 91.83%
2004 RM1676 RM1766 RM90 5.40%
2005 RM1764 RM2057 RM293 16.61%
2006 RM2070 RM2367 RM297 14.34%
2007 RM2385 RM2952 RM567 23.77%
2008 RM2932 RM3200 RM268 9.14%
2009 RM3239 RM3902 RM663 21.47%
2010 RM3902 RM4295 RM393 10.07% - Januari hingga Jun

Jika dibandingkan nilai pada Julai 2001 RM1082 dengan nilai pada 31 Jun 2010 RM4295, kenaikannya adalah sebanyak RM3213. Peratus kenaikan sebanyak 296.95% atai purata kenaikan sebanyak 29.69% setahun.

Teruskan menyimpan emas.

Dipetik oleh http://pang5mato3.blogspot.com

Kijang Emas Gold Coins

Kijang Emas Gold Coins dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Syiling emas dengan ketulinan 999(24K) ini dicetak oleh The Royal Mint of Malaysia. Kijang Emas Gold Coins diedarkan melalui Maybank terbesar disetiap negeri. Gambar kijang diabadikan dibahagian dihadapan dan gambar bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia dibahagian belakang syiling.

Kijang Emas Gold Coins boleh diperolihi dalam tiga saiz, iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz. Specifikasi syiling Kijang Emas adalah seperti dibawah:



Kijang Emas 1oz
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.090g
Diameter: 37.00 mm


Kijang Emas 1/2oz
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm


Kijang Emas 1/4oz
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.770g
Diameter: 22.00 mm


Harga pasaran boleh dilihat melalui web BNM atau web Maybank. Harga pasaran dikemaskini setiap hari. Harga pasaran hari ini 21/1/2010 adalah seperti berikut:

1oz - RM4385 / RM4214
1/2oz - RM2234 / RM2107
1/4oz - RM1138 / RM1053

Dari harga diatas dapat dilihat bahawa harga setiap gram bagi saiz besar adalah lebih rendah.

1oz - RM4385 - RM141.04/g
1/2oz - RM2234 - RM143.66/g
1/4oz - RM1138 - RM146.46/g

Spread (perbezaan harga jual/beli) bagi saiz besar adalah lebih rendah peratusannya.

1oz - RM4385 / RM4214 - RM171(3.90%)
1/2oz - RM2234 / RM2107 - RM127(5.70%)
1/4oz - RM1138 / RM1053 - RM85(7.46%)

Walau apa pun pilihan anda, menyimpan emas untuk jangkamasa panjang menguntungkan.

Dipetik oleh http://pang5mato3.blogspot.com

SEJARAH DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terusbertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan  serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Thursday, January 6, 2011

Petua Awet Muda..

Ada orang suka mengamalkan memakan ulam-ulaman. Antara ulam yang boleh membuatkan kita awet muda ialah halia mudaAmalkan memakan nasi dengan halia muda sebagai ulam.  Halia muda itu hendaklah dimakan mentah. Halia muda ini selain boleh membuat seseorang itu awet muda...ianya juga boleh melancarkan perjalanan darah.





Untuk lebih sedap  :


Hiris halia muda ....bawang besar...dan rendam di dalam air yang dimasukkan sedikit garam.  Perahkan sedikit limau kasturi ke dalam air tersebut.  Kemudian hiriskan juga kulit limau kasturi tersebut dan masukkan dalam bekas berisi halia & bawang yang telah dihiris tadi.  Untuk makluman...kulit limau kasturi itu juga jika diamalkan memakannya akan menghilangkan bau badan.

Memang enak dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba...:)

Wednesday, January 5, 2011

Happy Birthday Mak..


AWAN BERARAK CERIA
TIADA TITIS HUJAN
POHON MELAMBAI
TANDA SOKONGAN
KUSUSURI PERJALANAN
BERTEMANKAN SENYUMAN
DI HARI LAHIR MU
IBU KU
DEDAUN BEGUGURAN
MENITIKAN KEDEWASAAN
WALAU TANPA MATA & HATI YANG
NAMUN CUKUP UNTUK KU…
SEGAR DAN UCAPAN
SELAMAT HARI LAHIR
IRINGAN DOA KU HULUR
BERSYUKUR KEPADANYA
ATAS NIKMAT USIA
USIA MU IBARAT MUTIARA
TIADA BERGANTI LAGI
HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA
AGAR SEMPAT MENGUCUP
HARUMAN SYURGAWI







Tuesday, January 4, 2011

Latihan bermula..

Hari ini hari kedua latihan aku..latihan apa?..hehe..latihan kayuh basikal la..haha.. dah hmpir 6 tahun aku x kayuh basikal..memang penat la..urat2 kaki ni semua cekang hbs..klu lari pon x rasa mcm ni..hehe.. alhamdulillah la, aku masih boleh berbasikal..dh jogging x boleh, kita kayuh la..hehe.. kawan aku ada cabar aku, dia suruh aku kayuh basikal ke alor setar, dia nak tngok..haha..so aku sahut cabaran beliau.. aku x boleh nak kayuh pi terus dlm masa yang singkat.. so aku kena da latihan dlu la sblum hadapi cabaran..haha.. so klmrin aku target nak pusing taman 5 round..berjaya..! hari ini 7 round, juga berjaya..esok pula mcm mna?? brapa round plak?..harap boleh lebih dari yg hari ini..hehe.. 



Monday, January 3, 2011

Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.






Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

p.s: di petik daripada  http://petuasejagat.blogspot.com

Basikal oh Basikal

Pada pagi tahun baru, aku bngun awal..kononnya smngat tahun baru la..dok set dlm kpala nak pi jogging pagi tuh..alhamdulillah, tertunai jgk hasrat aku utk jogging.. Actually dh lama aku x jogging..slpas insiden yg berlaku terhadap kaki aku pada 2 bulan yg lepas, aku stop segala permainan..huhu..sedih oo x leh main..huhu..rasa mcm x leh dok diam ja bila x bersukan..hehe.. so, sempena tahun baru, aku pon azamkan smngat baru utk turunkan berat badan.. baru aku perasan yg berat badan aku ni dah overweight..hahaha.. patut x dk org kenan.. hahahaha.. so, pagi tuh, aku pon siap la.. smngat gila.. pukul 7 dah siap berbaju sukan.. kat luaq masih kelam lagi.. so, aku breakfast dulu la sebelum apa pon.. makanan pagi selalu abah kluaq beli, tp pagi tuh aku bangun terlalu awal, abah x sempat pi beli lagi.. so aku pon rebus la 3 biji telur. separuh masak.. cmpur dengan lada n kicap.. sedap ooo.. haha.. dan juice oren..hehe... selepas selesai breakfast, aku kluar jogging.. udara di luar pada pagi itu cukup nyaman.. maklum la, jarang bangun awal..hahahaha.. aku pon mula la jogging... dlm 200 meter, aku dh stop jog.. tiba2 lutut aku rasa sakit..huhu.. dlm kpala aku, "dah 2 bulan lebih, xkn x sembuh lagi kot lutut ni..??" aku pon berhenti dan jalan shj keliling taman sebanyak 2 round.. semasa aku dok jalan, aku tngh fikir, bnda apa yg boleh buat berat badan aku turun selain jogging?..tiba2 aku terfikir yg kayuh basikal boleh bakar lemak jgk dan dlm masa yg sama boleh exercise lutut aku.. tibanya aku di rumah, aku ke belakang rumah aku.. nak tngok basikal buruk aku tuh ada lagi ke x.. masih ada..tp cacat la..tayar pecah, break x makan, dan gear rosak... x boleh jadi ni, ni msti hantar repair jika mau kurus, dlm hati aku kata..haha.. pada hari tersebut, cuti umum.. sbb malaysia menang bola..haha.. so kedai pon tutup.. so, kesokkan hari, aku tunda basikal buruk aku tuh dngan motor bersama sepupu aku ke kedai basikal.. akhirnya, basikal aku sudah di repair dan boleh naik.. tp dlm hati, basikal ni x leh pergi jauh jika gear masih dlm keaadan mcm ni, so aku pon bawak la ke kedai 1 lagi utk repair gear.. kedai yg pertama td, pakcik tuh x reti pbaik gear.. aku pon muatkan basikal ke dlm kreta n bawak pi jitra.. kat sana kedai basikal canggih dan hebat lagi.. toke kedai kata, gear aku dh rosak.. so tukar la gear baru.. kira2 balik, dekat RM100 jgk la hbs baiki gerek ni..hehe.. nak kurus punya pasai..haha.. x tau la smpai bila aku leh maintain dengan smngat aku ni.. adakah hangat2 taik ayam shj or impian mnjadi kenyataan?.. tunggu dan lihat la..hehe.. ok setakat ini shj celoteh aku pd mlm ni.. esok smbung pula dengan cerita baru dan lebih menarik...hehe..:D






Sunday, January 2, 2011

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011


Hari ini hari permulaan 2011. Satu perubahan dari segi tahun kita berada, tetapi bagaimana pula kita? Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadangkala kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Betul ka tidak?...

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa. Kadangkala keinginan untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan. Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.

Kata pepatah Arab “Mulakan dengan dirimu”. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri sendiri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. InsyaAllah..